Maaf, tajuk nota ini sepatutnya-Perkongsian Cara Hidup. (Ini kali pertama saya menulis nota di Facebook, nervous ni nervous). Nota ini panjang, tapi saya hargai jika anda baca. Tahniah/takziah pada yang ditag. Tanda ingatan saya pada anda. Nak tag lagi, tapi over limit.
Ok. Salam sejahtera ke atas anda semua. Harapnya setiap saat kita berfikir bagaimana mahu memperbaiki diri dan orang lain~~~~. Saat ini saya tiada mood belajar, jadi saya mahu mengarang. Jangan risau, bukan niat saya membuat sebarang luahan perasaan di sini, cuma sekadar berkongsi serba sedikit tips harian sebagai seorang pelajar universiti yang berada di perantauan dan masih belum berkahwin. Ok saya mula sekarang.
1) Bangun awal pagi.
Hari yang baik bermula dengan pagi yang baik. Betul, saya tak tipu. Kalau time winter, Dia bagi nikmat malam yang panjang untuk kita manfaatkan. By 6pm++ semua solat wajib dah settle. Dah boleh fokus pada akademik. Kalau macam saya, kadang-kadang baru 11pm minda sudah kurang berfungsi. Saya kena tidur. Wahhhhh kalau tidur awal time winter, berjam-jamlah saya kat atas katil sampai la nak masuk Subuh. Hah!! Inilah peluang kita nak setkan jam biologi masing-masing untuk bangun awal bagi menambah amal ibadat. Kalau biasa bangun 6am, Subuh belum masuk lagi. Kalau bangun 5am pulak, lagilaaahhhhhhhh banyak benda boleh buat. Kalau nak puasa tu, siap boleh sahur gaya macam nak buka puasa. Pastu siap boleh study lagi tu sementara nak tunggu Subuh. Nak call mummy daddy pun boleh. Ada juga yang lebih suka bangun di pertengahan tidur untuk qiyamullail, kemudian tidur balik. Terpulang, manusia berbeza hidup dengan cara berbeza. Mmmmmm summer pulak macam mana??
2) Bersiap ke sekolah.
Kalau dah bangun awal, persediaan keluar rumah pun pasti mantap. Boleh mandi dalam bathtab dengan riang ria, bersarapan penuh khasiat dan seimbang, bilik berkemas indah teratur, malah sempat juga nak keluarkan tong sampah besar kat jalan. Kalau bangun lambat kan dah kelam kabut. Lecture notes entah ke mana, handset kena miscall, roti tak sempat nak habiskan, stokin hilang sebelah dan bla bla bla. Situasi sebegini akan lebih parah lagi kalau kain baju bertimbun-timbun tak berlipat. Mana bersih mana kotor pun tak tau…..Kalau yang kerjanya hari-hari naik turun bas, lagi la haru kalau tertinggal bas pulak. Oh ya, kali pertama saya berjaya pakai kanta lekap sendiri, saya ambil masa sejam di depan cermin. Ya tuhan….sampai lenguh badan dibuatnya. Tapi takpe, saya dah dapat ilmu baru. Masa tu saya kena bersiap lebih awal semata-mata nak pakai lens.Jadi back to step no 1–mari bangun awal!!!!!!! oh ye, lepas Subuh jangan tidur. Rebut rezeki di awal pagi.
3) Dalam lecture/tutorial
Fokus dan serlahkan dirimu!!! Jangan berangan. Jangan tidur zzzzzzzz.
4) Balik rumah
Dah seharian di kampus. Lectures, tutorials, group meeting semua selesai sudah. Maka baliklah rumah untuk solat, makan, mengadap laptop juga study. SOALAN: apa persamaan pada semua pekerjaan ini, dari kampus hinggalah ke rumah? JAWAPAN: semuanya kita lakukan dalam keadaan duduk!!! (yeah yeah I know anda still berjalan/berlari dari satu kelas ke kelas lain, ke bus stop, ke kereta, dan juga membuat pelbagai pergerakan ketika solat). Tapi semua ni tak cukup untuk membebaskan tenaga kita yang meronta-ronta minta digunakan. Haaaaa mari beriadah……jangan sempitkan pemikiran dengan menganggap riadah itu hanyalah jogging, main bola sepak sampai injured, main golf, tarik tali kat padang rumput, gusti tangan, main kejar-kejar, kaki main teng teng sambil tangan main konda kondi, split kaki 180 degree, atau macam-macam lagi yang sangat jelas unsur riadahnya. Ada banyak lagi cara ye tuan-tuan dan puan-puan. Tengok keliling anda. Banyak aje kerja boleh buat. Boleh basuh baju pakai tangan, panjat tangga lap kipas siling, bersihkan peti ais, susun pinggan yang dah kering dalam kabinet, mop dapur, vacuum ruang tamu, lap meja makan dan dapur gas, berus lantai bilik air yang dah berlumut dan bla bla bla. Bergantung pada minat masing-masing. Apa yang penting??????? Badan sihat, minda cergas(kerjasama pun penting juga). Takkan la kita nak duduk makan duduk makan je sepanjang hari. Nanti berat badan naik gelabah pulak. No offense. Haaaa jangan tidur lepas Asar jugak. Nanti kepala mereng.
5) Study
Study bukan pada buku teks saja. Bukan pada online learning saja. Bukan pada academic journals saja. Luangkan satu atau dua jam setiap hari untuk study hal-hal lain juga. Anda boleh baca suratkhabar, buku sejarah, buku motivasi, buku agama, majalah kesihatan, novel-novel membina minda, blog-blog yang bermanfaat kandungannya dan bla bla bla. Didik diri kita untuk minat membaca. Kena tahu juga apa yang anda suka baca. Orang bijak pandai semuanya sangat suka membaca, pandai memilih bahan bacaan dan pandai juga mengekstrak pengalaman untuk panduan masa hadapan. Segala ilmu yang diperoleh kemudiannya dikongsi bersama orang lain. Inilah orang yang benar-benar study dalam hidupnya.
Berpersatuan, memimpin persatuan, menganjurkan majlis dan interaksi dengan pelbagai lapisan masyarakat juga mampu menambah nilai dalam diri.
Alam juga boleh mengajar kita. Bacalah alam ini dengan mata hati yang bersih. Pergilah berkelana ke tempat orang jika ada peluang. Tak perlu pun jauh hingga merentas benua dan berbelanja tak ingat akhirat, apa yang penting ilmu dan kemahiran yang bertambah sepanjang pengembaraan, dari sekecil-kecil A hinggalah sebesar-besar Z. Lakukan juga aktiviti baru yang tak pernah kita cuba. Cabar diri kita, barulah hidup terasa lebih bermakna.
6) Sebelum tidur.
Siapkan apa yang nak dibawa dalam beg untuk hari esok. Pastikan pakaian hari esok sudah tersedia. Kalau yang perempuan tu, perlu ada anak tudung, kain tudung, brooch dan juga handsock barangkali. Letak segala item yang kecil atau mudah hilang dari pandangan mata di tempat yang jelas kelihatan. Kalau terbangun lambat pun, taklah kalut sangat.
Ok the bed is waiting. Lagi bagus kalau ambik air sembahyang, baca doa tidur, dan badan mengiring ke kanan mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w. InsyaAllah tidur kita diberkati.
7) Rotate balik step 1 sampai 6.
Tambahan 1: Kesihatan
Masa muda indah belaka. Badan sihat walafiat, boleh lari sana, boleh lompat sini. Maintain apa yang anda ada sekarang. Ingatlah sihat sebelum sakit. Jaga pemakanan anda. Jangan skip sarapan. Makan ala kadar waktu tengahari. Jangan pula berlebihan ketika dinner. Pilih makanan yang betul dengan kuantiti yang betul pada waktu yang betul. Halalan toyyiban. Lakukan senaman secara konsisten dengan cara yang betul.
Tambahan 2: Solat tiang agama
Untuk negara bermusim-musim, waktu solat pun bermusim-musim. Seminggu tak tengok waktu solat terus blur kalau nak solat awal waktu. Pastikan anda alert setiap masa bila waktu solat masuk. Jadual akademik di negara bukan Islam pula tidak mengambil kira tuntutan ibadah fardhu, jadi harus rancang bila dan di mana nak solat ketika di kampus. Mungkin sebelum tidur malam, selain menyiapkan perkakas, kita boleh amati dulu jadual kelas esoknya. Pastikan kita ada waktu dan tempat yang sesuai untuk solat Zohor dan Asar. Jangan leka. Kalau kelas berderet sampai either Zohor or Asar burn dalam kelas aje, boleh untuk kita jama’kan solat. Jama’, sahaja, bukannya jama’ qasar ok. (kalau saya salah, tolong betulkan ye).
Tambahan 3: Peka dengan urusan lain
Kita bukannya kena study aje. Banyak benda lain kena settlekan jugak. Kadang-kadang nampak kecik aje, tapi tak kurang pentingnya. Contohnya, kawan datang melawat untuk menceriakan hidup kita. Makan pakainya perlu dijaga, kakinya perlu dibawa berjalan-jalan, tidurnya perlu berbantal dan bla bla bla. Sekali lagi, RANCANG!!! Kalau plan nak masak sedap-sedap, make sure barang dapur cukup. Beli siap-siap. Fikir dalam otak tempat menarik yang mahu dilawat. Kemaskan rumah mana yang patut. Pastikan tetamu cukup selesa sepanjang bersama kita.
Contoh lain—kena bayar sewa rumah, bayar bil letrik, gas, internet, ajar anak orang mengaji, jadi babysitter 2 jam seminggu, hadir ke meeting persatuan, pergi library, latihan badminton mewakili uni, potong kuku, kelas agama, tolong ambik kawan kepada kawan kat bus atau train station, kerja part time after kelas, pergi jamuan kat rumah postgrad/kawan/lecturer, shopping dan bla bla bla. Semuanya kena RANCANG!!! Setkan prioriti, buat secara tersusun. Tinggalkan perkara yang membuang masa.
Tambahan 4:
Bukan jasmani sahaja, rohani juga kena sihat. Pastikan hubungan dengan Tuhan dan orang keliling terjaga. Elakkan ada hati yang terluka dengan sikap dan tutur kata kita. Muhasabah diri. Jiwa pasti tenang sentiasa, akal pasti damai selalu.
Sekian terima kasih. Sudah 11.58pm. Minda saya sudah kurang berfungsi. Wassalam.
p/s: nota ini bukan bermaksud yang saya lakukan semua tips di atas. Sekadar perkongsian hasil pemerhatian dan pengalaman.
–Manusia yang paling baik itu adalah yang bermanfaat kepada orang lain—
Leave a comment