Feeds:
Posts
Comments

Assalamualaikum wbt, selamat sejahtera.

Selamat siang, selamat malam, selamat senja, selamat fajar (kerana banyaknya zon waktu dunia).

Suddenly I miss travelling 🙂 So I just wanna share some tips, maybe relevant to you, or maybe not. Or maybe used to be relevant? Huehuehue…..and here you go…….have fun reading!!

I travelled a few times with my good friends. (Masa zaman undergrad la…aka zaman awal 20an. Sekarang sudah satu perempat abad. Kalau ikut tahun Islam, lagi banyak sebenarnya umur). Yeahh..the same circle for each trip, but different experience I would say 🙂 Anyway, what are things that should be done when planning one? [INTRO]

1) Destinasi dan rakan seperjalanan

Terpulang pada diri masing-masing. Ada yang pilih destinasi dulu then baru cari siapa yang sudi nak join, ada jugak yang make sure ada geng dulu then baru discuss nak pergi mana. Sebab tu saya letak dua2 kat nombor satu (1). Yang penting, make sure at least build some chemistry with the people in the group. Kalau ye pun baru kenal atau dah berkurun kenal cuma tak rapat je, cuba jugak kenal lebih lagi sepanjang trip tu. It’s worth ok 🙂

Destinasi pulak – tanya dulu diri sendiri dan orang lain suka pergi tempat macam mana, kemudian cari kombinasi tempoh masa, harga tiket, kos dan journey route yang terbaik. Syok gak kalau book tiket awal2, sure tiket murah kan? So kalau nak bayar utk kargo pun pasti takde masalah heeeee yeay boleh bawak balik 10 kg fridge magnet!!! (read: souvenirs untuk handai taulan)

2) Updating each other

Mesti penat kan masa nak decide dgn kawan2 lain pasal point no 1? I know I know. Been there, done that. So once dah setel yang tu, take a break kejap. Lupakan sebentar, at least seminggu pasal trip tersebut ye sidang pembaca sekalian. Focus back on your daily, hectic life. Pastu, bila dah ada mood sket atau jumpa masa yang sesuai nak discuss, go back to the trip. Kalau dah tau kawan tu ada final test ACCA esok, toksahla malam ni gatal2 pergi serang YM dia dan taip B-U-Z-Z tanya dia nak bawak payung ke baju hujan masa melancong nanti. That is totally foul.

Gunakan segala medium perhubungan bagi yang tinggal berjauhan atau lebih 2 marhalah. Kita ada smartphone, tidakberapasmartphonehanyabiasabiasaje, smartphonetapituanpulakyangkurangsmart, surat elektronik, surat hakiki ie yang masih menggunakan Pos Malaysia/Royal Mail atau yg sewaktu dgnnya, rangkaian sosial yang interaktif, telegram, telegraf, faks dan tidak ketinggalan telepati atau tautan hati. Use the most efficient one. Atau nak guna style vlog? Terpulang.

3) Eyhhh nak bincang apa ehhh???

a) Tarikan pelancong di setiap destinasi.

Tak rugi buat kajian selagi termampu pasal ni. Kalau google, memang panjang gak la list yang keluar. List istana la, pasar2 menarik la, sungai dan tasik terindah la, dll. (asalkan jangan tertarik pada kelab malam paling happening sudahla). Pilih je yang banyak org pergi, then buat research sket. Kalau rasa tak penting atau tak menarik, abaikan je dan ganti dgn yang lain. Yang banyak org pergi tak semestinya menarik/berfaedah untuk kita jugak. Apa2 pun, kalau boleh jgn pergi mana2 attraction without background reading. Kurang menghargai jadinya nanti.

b) Cuaca

Biasanya untuk negara 4 musim la ni. Penting untuk tau sbb nak fikir style masa bercuti ie baju apa dan berapa helai nak bawak. Kalau dah pegi time winter kisah apa sgt kan kalau dlm gambar nanti winter coat je glamer? Baju bwk sikit pun takpe. Berpeluh pun tidak. Unless kalau nervous/marah masa bergaduh dgn orang macam kitorg bergaduh dgn sorg pakcik kat Vatican City dulu, then you will sweat sbb marah sampai suhu badan, telinga dan hati melebihi paras normal. Anyway, semua pun ada hikmahnya 😉

Kalau kena musim gerimis mengundang, bawaklah payung. Kalau kena musim angin lintang, tambahkan berat badan sebelum pergi, harapnya kita tetap akan berdiri tegak tika ditiup angin.

c) Makanan

Enjoy nice foods there. Terutama yang menjadii identiti tempat berkenaan, dan tidak diragui status halalnya. Gunakan hak pengguna Islam. Tengokla bajet, kalau rasa nak save sket, bawakla apa2 instant foods. Kalau rasa duit melimpah ruah pun, bawak je untuk masa2 kecederaan atau bila malas nak beli makanan.

d) Waktu solat (4 season countries)

Of course penting. Print/note siap2 dan bawak. Dulu kitorg byk pegi tempat yang tak berazan, so bila kat Istanbul yang masjid di mana-mana, perasaan mmg indah la bila dgr azan masuk waktu solat. Study kat UK, pastu bila travel byk pegi negara Kristian pulak, maunya berapa lama tak dgr azan live. Orang lelaki lainlah, boleh je tetiba nak azan sekuat hati bila masuk waktu heheheh so takdela rasa rindu sgt kat azan :p Hmmm alang2 dah jumpa masjid tu, solatlah di masjid berjemaah.

So that’s it, we always appreciate a thing only when we lose it.

e) Duit poket/Duit purse

Bajet siap2 nak spend untuk apa. Ambik tau gak living cost kat tempat tu. Jangan buat tukaran mata wang asing last minit sangat. Bawak la duit lebih sket, so kalau ada kawan yang kena pickpocket, boleh jugak la nak menyara hidup si kawan tu. Kalau tak, kesian dia nak beli fridge magnet takde duit. Hari2 dok menangis. Nanti dah balik dia bayar la kan? Dont worry be happy. Sharing is caring and loving 🙂 Ke arah menghidupkan takaful~

f) Souvenirs.

Buat list penerima dan objek terimaan yang sesuai. Make sure bajet cukup. Buy for yourselves as well. Penat2 datang, takkanla tak mau belanja diri sendiri betul tak?

f) Pengangkutan dari satu attraction ke attraction yang lain

Oh ini tidak kurang penting. Jalan kaki? Tram? Keta? Bus? Motor? Basikal? Train? Belon udara panas? Kapal layar? Gajah? You choose, based on reliable tips and guidelines.

g) Bahasa

Since kitorg dulu pergi Europe je, so nak tak nak memang kena belajar yang basic kerana di Europe sepertinya English agak sukar untuk diterima. Antara yang saya ingat:

– anhlamadim (saya tak paham)~turkish

– parlo un po di piu perfavore (I want a little more please)~italian

– muchas gracias por no tocar (thanks for no touching)~spanish

– merci beaucoup (thank you sesangat)~French

Ohhh untuk sume benda under point no 3, mana yang perlu lantik PIC tu, lantik je la. So lebih focus dalam planning. Prepare siap2 info sebelum pergi.

4) Adab kembara dan toleransi

People are different. Realitinya, travel bersama buat kita lebih kenal akan seseorang. Kalau korg travel berenam, enam hati la yang kena dijaga. Kalau pergi berdua, dua la jadinya. Kalau pergi berpuluh atau berbelas, mungkin korang tak mampu nak jaga semua, dan mungkin juga mampu. So kalau rasa ada kalangan korang yang expert menjaga hati, maka lantiklah beliau menjadi PIC hati dan perasaan. Mungkin juga boleh assign siap2, siapa nak jaga hati Suzana, siapa nak jaga hati Malik, siapa nak jaga hati Tengku Wan Aisyah dan lain-lain. Ok ini macam lame.

Travel dgn orang ni kena banyak sabar. Ini main pointnya. Belajar dengar pendapat org lain dan berlapang dada kalau hasil syura tak spt apa yg kita nak. Masing2 ada preference dan juga cara tersendiri. Selagi boleh layan request kawan tu, layankan je la. Kalau rasa memang tak boleh/tak patut dilayan, then be strict. Voice out your opinion. Jangan asyik mengikut je dan tak kisah. Kawan2 lain boring nanti.

Enjoy the similarities. Respect the differences. Together we’ll be strong.

Train diri sikit2 cara nak membaca air muka, percakapan dan body language orang lain. Kadang2 dia tak bercakap pun, kita tau apa yang dia nak bgtau sebenarnya. Contoh yang paling segar dalam ingatan saya: Masa kat Milan kot, *a**** sgt marah ada sekali tu kat org lain, tapinya mulut tak bunyi langsung. Tau2 dia dok ngadap ikan2 emas kat akuarium hotel. Panggil pun tak menyahut. Pandang muka apatah lagi. So takyah la buang masa panggil byk2 kali nak ajak makan ke mandi kolam ke apa ke, biar dia sejuk dulu. Lagipun bukan senang nak dpt main dgn ikan hotel tanpa gangguan. Buat selamba je haha kejamnya 😀

Biasalah tu, asalkan lidah lagi tergigit, inikan pula teman bercuti. Belum lagi yang cakap main lepas je. Adehh pening org kat tengah2 ni. Jangan ikut sgt darah muda tu.

5) Maslahat diri dan org keliling

Jaga kesihatan dan keselamatan diri. Before pergi Spain dulu tertengok pulak cite ‘Taken’, peh terus seram sejuk bila teringat masa sesat dan terpecah dua group tetengah malam kat Paris. Scary! Criminals are everywhere haihhh. Hmmm jangan jadi keldai dadah juga. Doa banyak2 pada Dia, semoga perjalanan diberkati, ada value added pada diri juga selamat pergi dan pulang. Make certain of your niat as well!!

So, need to end my short essay now. Hopefully berguna untuk pembaca sekalian and thanks for reading ye 😉

Assalamualaikum wbt.

Lubna Yusof

(electronic signature)

Advertisements

Assalamualaikum. Wah lama dah tak menulis!! So, enjoy reading, like i enjoy writing~~:)

Saya pernah merantau ke luar negara berbekalkan status seorang pelajar sepenuh masa. Tapi bila dah berada di sana, nak tak nak saya memegang satu lagi status sebagai pembeli-belah separuh masa. Maklumlah, bila dah berada dekat tempat orang ni, banyaklah doktrin yang mencucuk minda suruh membeli itu ini. Perempuan ni pulak Tuhan jadikan nafsunya mencapah ke segenap sudut, maka berjuanglah saya dengan agak hebat juga waktu itu dalam mengawal transaksi peribadi.

 

Ok the time is approaching. Pejam celik pejam celik saya sudah menggenggam sekeping ijazah (kena terima hakikat: kami tak diberi dalam bentuk segulung ijazah). Apa lagi, persiapan balik untuk kebaikan/back for good (saya percaya tiada siapa balik untuk kejahatan dan keburukan) perlu dibuat dengan tangkas, lincah dan agresif. Pada masa yang sama, jangan lupa lakukan secara terancang.

 

Mata melilau-lilau ke segenap kamar tidur saya. Wah……..banyak betul barang nampaknya. Itu belum lagi yang tersimpan kemas tanpa kelihatan di mata saya. Dan belum lagi yang orang hadiahkan. Oh, sekurang-kurangnya, saya hanya perlu mengosongkan bilik, bukannya mengosongkan satu rumah. Lega.

 

Ok, bagaimana mahu bermula? Saya tertarik untuk berkongsi dengan pembaca teknik dan strategi saya dalam menguruskan hal ini;

 

1) Kosongkan semua rak, almari, laci, meja dan apa sahaja yang fungsinya menyimpan/meletak barangan. Keluarkan semua barang dan longgokkan di lantai bilik, tak kisahla barang apa sekalipun. Longgok jangan tak longgok. Lupakan sebentar sikap berhati-hati dan lemah-lembut anda. Oh tapi, mana-mana yang fragile tu silalah handle with care ye. Kenapa saya buat begini? Supaya mata anda dapat menangkap terus setinggi manakah timbunan semua barang anda, lalu membayangkan jumlah kotak yang diperlukan dan serba sedikit teknik mengemas yang sesuai, juga bahan-bahan tambahan yang diperlukan. Maka, tidak perlu lagi timbul dialog seperti….”Alaaaa……tertinggal pulak yang dalam laci nih…..kotak dah seal pulak!!”. Sebab tu saya nasihatkan longgok saja di atas lantai.

 

Proses longgokan-angle 1

 

Proses longgokan-angle 2

 

Sebelum dan selepas proses mengemas. (Yes, I purposely cleaned up my room). Oh, got bananas! Haha. Cadar pun terbaik.

 

 

 

2) Siap sediakan kotak simpanan barang yang akan dihantar ke kampung halaman melalui laut.(Ada ke yang hantar naik flight? Kaya sangat tu..). Pastikan tapak kotak diplaster sekukuh-kukuhnya agar tidak menangis teresak-esak ketika melihat pinggan Portmeirion made in England anda bersepah-sepah ketika penghantaran ke rumah. Jangan biarkan hati anda berkecai.

 

3) Asingkan barangan mengikut pemiliknya dan keperluannya. Saya pecahkan penerangan saya seperti berikut:

 

a) Asingkan barangan milik sendiri dengan barangan milik kaum keluarga dan handai taulan di Malaysia. Dalam erti kata lain, perlu dimasukkan ke dalam kotak yang berlainan.

 

b) Bagi barangan milik anda, asingkan lagi mengikut prioriti dan keperluan. Maksud saya, barangan yang anda target untuk digunakan selepas perkahwinan atau selepas memiliki rumah sendiri perlu dimasukkan ke dalam kotak yang khusus. Jadi anda tak perlu bazir masa untuk buka kotak tersebut sejurus ianya sampai ke rumah, sekiranya bercampur dengan barangan penting lain. Penat bukan men’seal’ kotak? Jadi jangan buka dengan sewenang- wenangnya selagi boleh.

 

c) Untuk barangan mudah pecah, anda tak perlu terlalu obses dengan bubble wrap dan yang sewaktu dengannya. Gunakan mana-mana kain baju yang bakal tergolong dalam kotak yang sama. Tipulah kan kalau anda kekurangan kain baju dan fabrik lain untuk dibawa pulang…..Dari dibiar terlipat saja sepanjang 2-3 bulan di atas lautan, apa kata anda balut segala barangan mudah pecah menggunakan fabrik tersebut dengan kemas? Lagi best kalau ada duvet/comforter, boleh juga dijadikan salah satu pelindung barangan di dalam kotak. Mungkin boleh selitkan saja mana-mana item yang sesuai di celah-celah gulungan duvet berkenaan.

 

4) Masukkan barangan ke dalam kotak masing-masing dengan cara yang paling efisien sekali. Seimbangkan berat semua kotak selagi boleh. Jangan lupa, apa saja tindakan anda, lakukan dengan cermat dan selamat. Bayangkan sekali pergerakan-pergerakan kasar dan sepak terajang serta layanan buruk yang bakal diterima kotak-kotak berkenaan sepanjang berpisah dengan anda. Pasti anda terasa ngeri dan bertindak dengan lebih bijak ketika mengemas.

 

5) Seal kotak dengan kukuh. Labelkan apa-apa yang perlu dan jangan lupa tulis alamat destinasi dan nombor untuk dihubungi dengan jelas.

 

6) Ini penting. Jangan gatal-gatal nak bershopping lagi sejurus semua kotak diseal.Nantikan sahaja agen pengangkutan datang ke rumah mengambil kotak anda. Sebab itu, saya galakkan anda memilih waktu yang paling tepat untuk book penghantaran. Janganlah sebulan lagi nak balik dah excited seal kotak, pastu sedih2 tak dapat nak shopping sakan lagi dah. Tapi janganlah pula esok nak balik baru nak hantar kotak hari ni kan? Make use of your brain wisely. Expect the unexpected.

 

TAMBAHAN:

 

1) Maintain stamina anda untuk proses pembersihan ini. Jangan lupa sarapan. Fokus dan jangan biarkan fikiran menerawang. Mulakan dengan Bismillah, agar dari awal proses hinggalah kotak-kotak selamat tiba di rumah, semuanya dalam keadaan terpelihara. Hantarlah pemergian kotak-kotak anda menaiki kapal dengan iringan doa. Itulah senjata yang paling ampuh.

 

2) Fikir masak-masak apa yang nak dibawa, dan apa yang nak ditinggal. Jangan menyesal di kemudian hari. Jangan malas berfikir. Gunakan sel otak anda seoptimum mungkin.

 

3) Kena pandai agak jugak barangan apa yang bertuah dapat bersama-sama anda dalam penerbangan pulang. Agak-agakla kan berapa kilo nak bawak, based on flight requirement. Spare la sikit 3-4 kg ke, untuk masa-masa kecederaan.

 

4) Langkah seterusnya: BERSABAR. Mungkin kadangkala terdetik di dalam hati anda yang kemungkinan besar kapal terlibat sudah selamat karam lantaran lamanya pelayaran. Actually, proses di pelabuhan itu yang mengambil masa. Betul kan? Kalau salah harap tolong betulkan ye. 🙂

 

Benar, saya menulis dalam konteks seorang pelajar di perantauan. Namun, mungkin serba sedikit dari tips di atas boleh diaplikasikan oleh sesiapa sahaja yang akan berpindah rumah/pejabat. (Kalau hanya berpindah bilik di dalam rumah yang sama, tak perlulah nak berkotak bagai kan?)

 

Oh ye, saya hanya sekadar berkongsi pengalaman. Setiap orang ada caranya tersendiri dalam mengatur kehidupan, itu sudah pasti. Tapi tak salah kan kalau diolah sedikit mana-mana yang perlu?

 

SELAMAT MENGEMAS! HAVE FUN!

Wassalam wbt.

 

best regards,

LUBNA YUSOF.

Assalamualaikum wbt 🙂

Wah lamanya tak update blog nih!!!!! Susah jugak nak jadi penulis. Terpaksa buang dari list cita-cita.

Anyway, our lives has changed. No more student life. No text books, no classes, no tutorials and obviously no more Emirates and no more England. Still, UK remains in my heart, and I believe to them too.

Latest updates:

1) Faezah – Penolong Pengarah Audit at Jabatan Audit Negara. Location: Putrajaya, Presint 2.

2) Ida – same position as Faezah. Location: Johor Bharu

3) Lubna – Penolong Setiausaha at Kementerian Kesihatan. Location: Still unknown. That’s why la I melepak kat library mehhhh…..siap banyak pulak masa nak update blog.

Sarah is in Birmingham, pursuing her ACCA.

Nieda and Siti, also as PTD at Kementerian Pengajian Tinggi & Sumber Manusia.

……………time flies, huh??.…..

and we can drive with confidence on the road now!!! Clap clap clap!!!!! Alhamdulillah, he grants my wish 🙂 ” Ya Allah, jadikanlah aku seorang pemandu yang berhemah secepat mungkin”…haha that’s my sincere prayer each time I performed solat back then. Direct and clear. Tapi macam belum cukup berhemah je…so kena mantapkan lagi doa 🙂

Sakeena is somebody’s wife now. Kauthar still got a year to go, and Kak Faiza now is lecturing in Ipoh.

Kadang-kadang bila teringat balik suka duka masa cari kerja dulu, sebak pulak rasa. Nak flashback sikitlah ;

 

– FLASHBACK BEGINS –

 

22 July 2010-22 October 2010:

A sweet and memorable phase of being unemployed. 3 months, not very long as ‘penganggur’ right? Just nice je kan? Actually it was less than 1 month, starting from the date I started searching for job intensively, so……yeah!! Not bad at all.

People’s habit: they keep talking…….over and over again…..

” Lubna nak kerja apa? ”

” Bila nak start kerja? ”

” Dah ada interview belum? ”

” Tak risau ke takde kerja lagi? ”

” Tak nak mengajar ke? Jadi la lecturer.  Tapi kena sambung master la ”

” Nak kerja apa dengan degree Econs tu? ”

” Ko nak tunggu orang pinang ko ke?” *bedebukkk!!! zappppp ke dalam hati*

 

Tough questions. As time passed by, they became tougher. Dear myself, stay calm. Just face it, ok? Hailaaaaa don’t have to think very much laaa. People are just concern about me.

 

” Apply Petronas la. Bonus 6 bulannnnnn…..6 bulannnnn….”

” Eh kalau PNB, boleh mintak Abg Rizal tolong, bagi la resume kat dia ”

” Try la IKEA. Nanti senang nak shopping, dapat staff discount ”

” British Council tak mau? Diorang suka UK grads ni ”

” Lubna bukak la bisnes sementara menganggur ni ”

 

More and more suggestions. Thank u guys!! I tried to deal with them one by one…..not very easy huh?

So to doctors and teachers, do not worry. Definitely there will be places for you.

And the prayers continue..again and again…

 

Have to admit that I’m not a strong person to face all the tough assessments by big companies. All those interviews, presentations etc etc… haiyooooo!!! Have you seen final episodes of Gadis Melayu TV9? I understand their feeling. Very much ;p

 

One fine day, I found out a new company advertising some vacancies. Interesting..but haih! Closing date was on 23rd August!! Now is October!! But never mind, I’ll just try. If it’s your destiny, you’ll get it, how hard it is. Let’s go to KL—–interviews and job hunting——

 

18 October 2010

930am-Arrived at the office in KL and resume was sent.

330pm-Received call from the HR senior manager, asking if I’m interested to join them. YES or NO? Oh I asked for an interview then.

 

20 October 2010

2pm-Arrived for interview.

4pm-Session started. Finished after one hour. I enjoyed it!!! Offer accepted.

 

22 October 2010

Confirmation of acceptance. Alhamdulillah——–will start on 1st November 2010.

 

– FLASHBACK ENDS – 

 

And presenting to you, my first and foremost employer since graduation day>>>

 

"Segalanya Bermula Di Sini" - Selamat Datang ke dunia baru penyiaran.

 

Mom said once I told her the good news, ” Siang malam doakan Lubna dapat kerja…”. Tears, please disappear.

A few days in KL, searching for a good job, walking, sweating, LRTing, and it seemed that her prayers accompanied me throughout the journey. That’s the power of LOVE. Thank you mom!! Mummy and daddy are happy with my new job, again Alhamdulillah….Oh I’m not one of the TV celebrities, as far as I am concern. I’m just an ordinary office girl.

 

But there will always be another side of the story;

 

” Kan overseas grad, pegi la apply big companies. ”

” Apa nak dibuat dengan degree Econs kat Al Hijrah tu? ”

” Camne nak hidup dgn gaji banyak tu je kat KL? ”

” Apa motif nak apply company kecik? ”

 

Yes, I admit, everything needs money, but let me choose what I like to do. Plus, I don’t mind learning new things.

” Hati manusia itu cenderung pada kebaikan dan gelisah pada kejahatan. ” (Rasulullah SAW)

Never mind, people. We give and take. We forgive and forget.

I do not intend to satisfy everybody.

 

” Ok la tu..”

” Eh ok la gaji banyak tu untuk fresh grad..”

” Dah tak payah tukar2 kerja lepas ni..dah elok dah tu.”

 

It is ok. As Long as Allah knows what I’m doing and why I do that….that’s more than enough.

As long as my family supports me…what else can I ask for?

I always pray that TV Al Hijrah Media Corporation will stand still in the industry, holding to its mission and vision. Eternally.

Thank you to Allah and AHMC~~

Here’s the link: http://www.tvalhijrah.com/

 

But sadly, I’m no longer there. Missing it sometimes 😦   9 months of excitement. Kickstart of my career there. Currently, waiting for a short and sweet call from MOH, asking me to collect my posting letter.

Anyway, to all my friends out there, all the best!!! Kerja elok-elok!!

Those who are still searching, do not give up!! Strive harder!!~Allah is with us 🙂 Just believe it. That’s an indicator of iman.

 

WASSALAM.

 

Assalamualaikum

PENDAHULUAN

Saya tak tau nak letak tajuk apa. Saya tengah blur tak tau nak baca acad source yang mana satu untuk input esei monetary econs saya. Shop sana, shop sini, lama-lama saya mampu window shopping je kat internet untuk references. Oleh itu, saya respect semua calon PhD di serata dunia. Ini baru 1800 words. Orang lain berganda lagi kena buat.

ISI PENTING

Minggu ni mengajar saya sesuatu. Ada kenalan saya yang tahu, tapi kebanyakannya tidak. Apa ye yang saya belajar? Saya belajar……….

APA SAJA YANG BERLAKU, WALAU KITA TAK NAK MACAM MANA SEKALIPUN, TETAP ADA HIKMAHNYA. ALLAH KNOWS BEST.

Jadi, sila bersikap rasional bila ditimpa sebarang masalah. Tuhan je yang tahu kenapa Dia uji saya dengan konsep ujian yang tak pernah saya hadapi. (Ye lah, selama ni paling-paling teruk saya tensen pun sebab study. Bila saya dah imun dgn problem study, Dia test guna cara lain pulak ). Sabar saya memang betul-betul teruji kali ni.

Mula-mula saya ikutkan perasaan. Kalau nak ikutkan, memang la puas hati. Tapi saya dapat rasa lega tu tak ke mana. Lantas saya muhasabah diri. Sebenarnya saya sedar je saya pun menyumbang jugak pada masalah ni, tapi biasalah ego manusia, tak nak mengaku salah, even mengaku dalam hati je pun tak nak.

Saya fikir dan fikir.  Selama ni dah berapa banyak ilmu agama saya dapat. Dah berapa banyak ayat Allah saya belajar huraiannya. Ada jugak yang saya kongsi bersama orang lain. Bila ada masalah, tak kira la kecik atau besar, time ni lah nak apply semua knowledge ni. Saya kena bertindak. Betulkan mana yang patut. Itu yang terbaik di pihak saya.

Saya kira, mungkin sebab saya terlalai dengan dunia, Allah hantar satu saluran supaya menyedarkan saya. Walau perit, saya tetap kena hadapi. Eh tiba-tiba rasa sebak pulak. Sob sob sob. Saya kena fikir positif. Allah nak sedarkan saya mungkin.

Saya terfikir sesuatu. Saya cari kepastian dari saluran yang saya yakin kredibilitinya. Sah, tepat jangkaan saya. INILAH HIKMAHNYA. Serta merta saya dapat pengajarannya. Tindakan diambil. Haaaaaa……barulah lega yang sebenar-benar lega gitu…..Alhamdulillah~~~~

PENUTUP

Rasanya saya sorang je yang faham mesej tersirat di sebalik post ini. Takpelah, saya cuma nak pembaca hayati ayat di atas yang pakai huruf besar tu. :))

Oh ye, SALAM MAULIDUR RASUL. Bolehla rujuk surah Al Anbiya’ ayat 107-112 yang berkisar tentang Rasulullah junjungan kita. Semoga terkesan di hati kita, para umatnya.

—-BERSAMA MENGHIDUPKAN SUNNAH—-

The Messenger of God
(Repeats)

The Messenger of God raised us,
And with Islam gave us life,
And taught us to become..
..aides to the religion of God
We became united by of the light of his guidance
As brethren and like relatives
And he watered our souls every time..
..they were thirsty for faith.
(Repeats)

We inherited from him the laws of our lives,
and we made them high in status,
so we did not oppress or do injustice or go against our pacts
and did not become arrogant and mischievous.
(Repeats)

The messenger of God is our role model (?),
He advised us to be on the right path,
For the sake of Truth, how much did he sacrifice..
..and how much did he experience hardship and suffer..
..and how much did he taste in pain many types of harm.
So he did not cease,
and did not submit,
and did not bow,
and never leant [towards their way](?).
(Repeats)

The enlightened in opinion when the winds of injustice were gusting and flooding,
A wise man who has bewildered the world with magical words of clarification,
Merciful as he goes and judges, and justice was the balance,
Merciful as he goes and judges, and justice was the balance.
(Repeats)

The Messenger of God
(Repeats)

So Youth of Truth, advance.. from your sanctuaries of worship like knights,
And in Islam take your example; the guidance of the chosen one,
And walk and bring glad tidings to the world, that the dawn has become clear,
And walk and bring glad tidings to the world, that the dawn has become clear,
that the dawn has become clear.

The Messenger of God raised us,
And with Islam gave us life,
And taught us to become..
..aides to the religion of God
We became united because of the light of his guidance
As brethren and like relatives
And he watered our souls every time..
..they were thirsty for faith.

saya suka lagu nih. Mungkin sebab muziknya yang keArab2an, tapi yg penting liriknya sgt cantik

selamat menghayati… lagu cinta buat Rasulullah kesayangan saya, kesayangan anda juga!

boleh ke link kt bawah utk lirik bahasa arab.. tulisan jawi (maaf, x jumpa yg lain)

http://the-deen.co.uk/audio/rasulullah-abou-ali/

Salam Maulidur Rasul 2010 M / 1431 H

wah! tajuk boleh tahan.

walaupun saya bukanlah kakak yang boleh dikatakan loving orangnya sampaikan adik jatuh cinta pun nak dikongsi, tp deep inside itu kata hati saya. Oh ya, sebelum saya teruskan, elok rasanya saya cerita pasal mereka. Adik saya org normal, gaya hidup sihat, comel, sdg mematangkn diri. Si dia pula memang la matang. Lama dah si dia suka kt adik saya tu. Adiik saya plak sebelum ni tau je benda tu, tapi penangannya tak sehebat semalam. Si dia, akhlaknya muia. Hormat orang tua, sayang kanak2, lemah lembut, sopan santun. Hensem ke tak? Definitely yes… Lagi2 la si dia tu suka tersenyum. Bertambah manis mukanya. Penyabar orangnya. Kalau marah, merah padam mukanya menahan marah. Penyayang orangnya, sampaikan adik saya last2 boleh rasa kasih sayang dia. Si dia gigih orangnya. Bertuahnya adik saya… such a perfecto suka kat dia. Malam tadi kemuncak cinta dia, sebab dia dah rindu habis dgn si dia. Rindu sampaikan bila dengar lagu cinta n tngok video nagnis2. Ya rabbi…. adikku…

Tapi dik, sori to say la… kite pun minat gak kat cik abang awak tu. Mane boleh awak je dapat kan, kite kena bersaing secara sihat. Baru adil. Betul x? Ulangtahun kelahiran (omputeh kata birthday) si dia dah dekat. Saya bercita2 nak bagi dia hadiah yg lg best drpd hadiah adik saya nanti… huu~

Saya takut adik saya marah je sy cerita benda nih kt sini. Tapi saya yakin, bila dia fikir panjang sikit, dia suka kot (yakin je). Nak tahu nama cinta hati adik saya?

Muhammad bin Abdullah

orang panggil dia al-Amin. Tuhannya pulak gelar Rasulullah. Familiar kan? Setuju kan kalau saya kata korang pun akan suka dia jugak? So apa cerita dgn adik saya malam tadi? Dia tengok video pasal Rasulullah, lantas dia menangis. Dia text saya,

adik: akak, apekah ada peluang utk kita bertemu Rasulullah?

Saya terkesima kejap. Terbantut hasrat nak ketuk rumah Kak Weeda sempena majlis makan2 sempena     birthday anak dia (bday sy juga =P ). Lama lepas tu, baru saya reply text dia.

saya: Apekah maksud msg awk tu? Nak ajak kita muhasabah ke?

adik: hurm.. sy pun x tau apa sy rasa kak. Rasa sedih. Rasa nak sgt2 jumpa nabi. Tak pernah sy rasa camni kak. Takutnye.. dapat ke kte jumpe Rasulullah? Kita bukan macam aisyah. Bukan mcm sahabat yg lain. Mereka org2 yang dijanjikan syurga. huhu

Begitu kata adik saya setelah saya ringkaskan kandungan mesejnya. Sucinya cinta dia. Terus sy muhasabah diri. Pernah x sy rasa apa yg dia rasa. Tepuk dada tanya iman. Tengah sy sedap2 beramah mesra n makan2 kat rumah k.weeda, adik sy tengah struggle cari jawapan utk soalan dia. Sori dik… Sy x tahu yg die mmg struggle cari jawapan. (Betapa pada satu2 ketika, banyak perkara berlaku yg kita x expect utk berlaku, tapi Allah memang Maha Tahu.) Allah tanamkan rasa cinta kat adik saya terhadap penyampai risalah agamaNya, yang kerana jerit payahnya, kerana pengorbanannya, dapat saya, adik saya, dan kita semua, sama2 rasa bahang cinta Rasulullah.

Sy jawab soalan dia dgn kata, bestnya kalau semua org pun rasa apa yg dia rasa. Dan bg contoh org yang pernah berada dlm situasi dia semalam. Dia x puas hati. Dia tanya balik soalan bonus tu. Ada sedikit gesaan supaya sy jawab soalan dia. Sori la dik… x menjawab ke rupa2nya… Lantas sy reply yg seriously sy mmg xde exact answer. Sy bgtau yang unless Rasulullah kenal dia, dapat la jumpa. Sy pun x pasti dgn jawapan sy tu. Dia plak boleh kata lepas tu dgn nada kecewa, “akak jgn buat lawak…” Adus. Sy lalu suruh dia baca mesej sy tu slow2. Renung2kan balik. Ada cara nak bg Rasulullah kenal kita kat akhirat nanti. Banyakkan selawat, ikut sunnah dia, dan lain2 sy suruh adik saya fikir sendiri. Alhamdulillah dia mampu tertawa, lantas saya ditahniahi sebab berjaya buat dia gelak malam tu.

Adik, rasa cinta tu senang datang, juga senang pergi. Jaga baik2. Jaga amalan, banyakkan selawat, so that Rasulullah kenal nanti. Hayait perjuangan Rasulullah, n follow sedaya mampu. Hidupkan sunnahnya. Saya doakan adik saya terus thabat bercinta. Juga galak mengajak org lain bercinta dgn pengarang jantung hatinya tu. Terima kasih Allah sebab hantar adik ni kat sy utk sy muhasabah diri sendiri balik. Terima kasih dik, sebab sabar tunggu jawapan. Selamat bercinta.

Saya jemput Hijjaz utk nyanyikan 2 lagu utk adik saya, dan utk semua juga, insyaAllah

Allahu a’lam,
dari seorang kakak
[maaf, sy x reti berbahasa, lantas tulisan sy x best]
[oh ya, ni bukanlah adik kandung, tapi adik yg Allah hantar utk berkongsi rasa cintaNya]

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

It’s been ages since this blog was updated. How I miss it. Our so called ‘blog rumah’. That’s normal for a blogger, or in our case, bloggers. Ups and downs when it comes to consistency.

Kali ni saya mahu berkongsi dengan para pembaca. Nukilan dari seorang blogger yang bakal berusia 64 tahun tidak lama lagi. Pengalaman dari seorang veteran. Sarat dengan mesej dan pengajaran. Tersurat dan tersirat semuanya ada. Mari kita soroti dan hayati.

*copy paste dari blognya*

Hidup di kampung segalanya terbatas. Tidak nampak jaminan masa hadapan yang cerah. Tahun-tahun 60an adalah suatu era Malaysia baru menyinar kemerdekaannya. Baru lepas dari pengaruh penjajah. Hidup serba kekurangan. Dalam serba kepayahan itu, anak-anak kampung hidup dalam bahagia. Tidak pula merasa susah. Bertunang, bernikah dan berkeluarga hanya mengikut arus.

Dalam serba kepayahan itu saya dan isteri bertunang. Ketika itu saya baru sahaja selesai peperiksaan SPM. waktu itu namanya Oversea School Certificate (OSC) berkembar dengan Federation of Malaysia Certificate (FMC). Keputusannya belum tahu. Belum ada kerja, Belum ada harapan. Tidak tahu apa sebenarnya masa hadapan dan apa itu harapan. Isteri saya ketika itu baru di tingkatan empat. Baru lepas PMR (Sijil Rendah Pelajaran – SRP).

Memang jodoh kami. Bertunang pada tahun 1965 dan kami disatukan pada 2 Ogos 1971. Bayangkan enam tahun bertunang. Badai dan ombak jangan cerita. Namun kasih kami kuat, sayang kami mengikat. Menjadilah kami suami isteri.

Alhamdulillah saya mendapat pangkat ke2 dalam SPM saya. Waktu itu sangat daif maklumat kepada sekolah dan pelajar. Kami tidak tahu apa itu kaunseling dan apa itu bimbingan kerjaya. Saya hanya mendengar rakan-rakan ke MARA (UITM sekarang), Institut Teknologi Kebangsaan (UTM sekarang – di KL). Kerana itu pilihan yang ada ialah mencari kerja.

Pilihan yang saya tahu hanyalah kerani, guru, askar dan polis. Saya menolak kerani kerana saya fikir hidupnya setia pada sebuah meja dan sebuah kerusi. Sekarang ditambah setia dengan sebuah komputer. Menjadi askar adalah pantang kerana ketika itu pengganas komunis memang tengah mengganas. Keluarga memang tidak akan membenarkan. Polis pula larangan almarhum datuk saya. Tradisinya di Pulau Jawa dahulu, polis adalah tali barut Kompeni Belanda (Syarikat Hindia Timur Belanda). Mereka istilahkan sebagai anjing kompeni. Sementara menanti peluang pekerjaan saya menjadi guru sementara di Sekolah Kebangsaan Seri Rengas, Seri Medan, Batu Pahat. Nak tahu? Elaun/gaji saya RM145.00 sebulan. Saya sudah tidak ingat lagi bagaimana saya membelanjakan wang saya ketika itu. Cukup? Entahlah.

Kebetulan ketika itu keluarlah iklan latihan perguruan. Isilah borang, mana yang patut. Dipendekkan cerita dipanggil temuduga dan berjaya menjadi guru pelatih. Ketika itu saya menjalani latihan dalam skim Regional Training Centre (RTC). Saya ditempatkan di Sekolah Munshi Ibrahim, Labis, Johor pada tahun 1967. Elaun saya seperti guru sementara juga. Tambah sedikit sahaja. RM150.00. Dengan wang itulah untuk sewa rumah (Bilik – RM15.00 sebulan). Makan dan minum ketika itu cukup murah. Di Pekan Labis guru-guru diberi keistimewaan menonton percuma di pawagam. Tak kira cerita apa.

Latihan mingguan saya di bandar Segamat. Setiap hari Sabtu dan Ahad kami di bandar itu. Setiap cuti sekolah saya dihantar berkursus ke tempat yang berlainan. Cuti penggal pertama, saya berkursus di Institut Bahasa, Lembah Pantai, KL. Lembah Pantai menyemarakkan saya untuk belajar di UM. Kebetulan Institut Bahasa dan UM bersebelahan di Lembah Pantai KL. Pada cuti penggal kedua pula saya berkursus di Kuala Terengganu. Saya ditempatkan di Sekolah Padang Midin.

Tahun 1968 keadaan pengurusan kursus berubah. Saya dan rakan yang lain ditempatkan di Institut Bahasa sepenuhnya selama setahun. Setelah tamat, saya ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri, Kuala Terengganu. Dua bulan kemudian saya ditukarkan ke Sekolah Menengah Chung Hwa Wei Sin, Kuala Terengganu sehingga tahun 1974. Gaji ketika itu RM330.00 campur Cost of Living Allounce (COLA) sebanyak
RM30.00. Tolak EPF 10% tinggallah RM327.00.

Waktu di sekolah inilah saya berumahtangga. Seperti saya sebut di atas tarikhnya ialah 2 Ogos 1971. Berkeluargalah saya di Kuala Terengganu. Kami menyewa sebuah rumah kampung di Jalan Panji Alam sekarang. Dua bilik dengan sewa RM40.00 sebulan. Lebih hebat lagi. Macam mewah bunyinya. Memangpun sebab barang-barang sangat murah ketika itu. Ikan kembung atau selar kuning sebesen hanya RM3.00. Durian RM0.40 sebiji. Begitulah yang lain-lain.

Dua anak kami lahir di Kuala Terengganu. Dua-dua mek belaka. Di Kuala Terengganu kami melalui kehidupan yang agak selesa juga dengan gaji yang tidak begitu tinggi tetapi tinggi kuasa belinya. Hinggalah pada akhir tahun 1974 apabila saya ditukarkan ke negeri Johor.

Pada mulanya saya ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Ismail, Parit Raja. Tetapi sebulan kemudian saya ditukarkan ke Sekolah Menengah Sains Johor di Kluang. Saya di situ hingga bulan Mei 1975. Semasa di Terengganu dari tahun 1970 hingga tahun 1975 saya mencuba dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran (STP) dengan belajar sendiri. Dalam peperiksaan pada tahun 1974 saya mendapat Prinsipal E untuk matapelajaran Bahasa Malaysia dan Ekonomi dan mendapat Subsidiari untuk matapelajaran Geografi dan Bahasa Inggeris serta lulus Kertas Am.

Dengan kelulusan itu saya diterima ke UM untuk mengikuti bidang Ekonomi. Akhirnya saya mengkhusus dalam bidang Pentadbiran Perniagaan. Saya menamatkan pengajian pada tahun 1979. Selepas itu saya di tempatkan di Politeknik Ungku Omar dari tahun 1979 hingga tahun 1990.

Pada tahun 1985-86 saya ke Amerika Syarikat untuk menyambung pengajian peringkat Master of Education di University of Pitsburgh. Saya bawa isteri dan lima orang anak-anak saya. Pengalaman indah di perantauan. Akan ada cerita khusus untuk itu.

Kemudiannya saya dilantik menjadi Ketua Bahagian Perdagangan di Politeknik Batu Pahat (kampus induk UTHM sekarang) pada akhir tahun 1990. Pada tahun 1993 saya sempat memangku jawatan Pengetua selama beberapa bulan apabila pengetuanya meninggal dunia. Apabila Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP) mengambil alih kampus Politeknik Batu Pahat, saya dipindahkan ke Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru sebagai Penolong Kanan HEM pada bulan November 1993. Tugas saya di situ hanya bertahan selama setahun sahaja. Pada bulan Oktober tahun 1994 saya ditukarkan kembali ke PLSP untuk memegang jawatan Ketua Bahagian HEP hinggalah akhir tahun 1999.

Pada 1 Januari 2000 saya menjadi pensyarah dan bersara pada 23 Julai 2001. Mulai 24 Julai 2001 saya menjadi pensyarah kontrak hingga akhir tahun 2004. Tahun 2005 bersara penuh. Tahun 2006 dan tahun 2007 ditawarkan menjadi pensyarah sambilan. Pada awal tahun 2008 ditawarkan menjadi pensyarah kontrak selama setahun dan disambung hingga ke awal tahun 2011.

Perpindahan dan perubahan hidup memperkaya dan memperluaskan pengalaman dan skill menangani hidup. Bertemu dengan kelompok orang yang berbeza adat dan agama, bahasa dan budaya. Semuanya seperti masih baru, masih segar di dalam mata dan hati.

Saya ingin kembali kepada isteri saya yang telah saya tinggalkan dalam cerita saya ini. Anak saya yang kedua dan ketiga berbeza umur selama tujuh tahun. Sedangkan antara yang ketiga hingga kesembilan berderet-deret panjangnya. kami merancang kelahiran anak kerana saya hendak menumpukan perhatian untuk melanjutkan pelajaran.

Isteri saya surirumah sepenuh masa. Hanya saya yang menjadi ‘sole bread winner’. Cukup tak cukup saya yang kena tanggung. No regrets. Semasa anak masih dua orang isteri saya sempat berkursus di Pusat Latihan Wanita, Seberang Takir, Kuala Terengganu. Ketika itu saya di UM. Anak-anak, mertua saya yang jaga. Tiga bulan. Selepas berkursus, isteri saya menjadi guru Kemas dan membuka kelas di kompleks bangunan Setiausaha kerajaan di Shah Alam.

Sewaktu di UM saya mendapat separuh gaji. Hendak tahu berapa? RM440.00. Sewa rumah setinggan RM40.00. Minyak Vespa hendak diisi, perut hendak diisi, anak-anak perlu makan. Alhamdulillah, isteri saya banyak ikhtiarnya. Selain dari menjadi guru Kemas, ia pandai menjahit. Ada jugalah tempahan pakaian yang upahnya melegakan kehidupan seorang mahasitua.

Hidup di kawasan setinggan bukanlah sesuatu yang mudah. Untuk nenerangi rumah kami menggunakan lampu pam. Bila malap kena pam. Berulang-ulang, kerana saya berjaga malam. Belajar. Air adalah masalah paling berat. Kena beli getah yang panjangnya berjela-jela. Sambung menyambung antara satu getah dangan yang lain. Airnya hanya ada waktu tengah malam. Biasalah berjaga hingga ke tengah malam untuk menunggu air masuk ditadah ke dalam tong air. Sambil pula belajar. Waktu siang tidak dapat digambarkan panasnya. Macam rentung dibuatnya. Rumah setinggan dibuat ala kadar. Bumbungnya sangatlah rendah. Boleh dipegang dengan tangan. Atapnya zink pula. Itulah sebahagian daripada kepayahan-kepayahan masa lalu.

Apabila saya di tempatkan di Politeknik Ungku Omar keadaan mula berubah sedikit demi sedikit. Wahai pembaca yang masih muda belaka, kestabilan, kebahagiaan hatta kemewahan berkeluarga bukan boleh diperolehi dengan sekelip mata. Ia perlu dirancang dan dicapai berperingkat-peringkat. Jangan iri apabila bertandang ke rumah mereka yang lebih dewasa, di rumahnya ada serba kemewahan. Berapa lama ia mencapai semua itu? Mungkin 25 tahun lamanya. Sabarlah. Perlahan-lahan.

Di Ipoh saya menghuni enam buah rumah. Mula-mula menyewa rumah tetapi tuan rumahnya duduk sekali. Seorang wanita warga emas. Kurang selesa kerana anak cucunya kerap datang. Berpindah ke sebuah rumah banglo tiga bilik. Boleh pakai dua bilik sahaja. Bilik yang sebuah lagi diisi barang tuan rumah yang kebetulan bertugas di Australia. Oleh kerana rumah itu agak besar dan kawasan di keliling rumah, selesa jugalah jadinya. Sebelum lupa, sewanya hanya RM120.00 sahaja. Dari situ saya ke rumah waden di asrama. Selepas itu ke quarters besar. Setelah kembali dari USA saya menyewa di taman perumahan Rapat Setia. Rumah teres dua tingkat, empat bilik dengan sewa RM150.00 sebulan.

Bila bekerja hendaklah menunjukkan segala sikap positif, boleh berkomunikasi dengan baik dan hasil kerjanya dapat dilihat. Ketua jabatan saya memberi kepercayaan lalu diberi sebuah quarters kelas C. Ada dua buah dapur (dapur basah dan dapur kering), tiga bilik air, empat bilik tidur termasuk bilik tidur pembantu rumah. Siap dengan dapur, perabot (set meja makan dan settee). Rumahnya luas dan halaman serta keliling rumah terbentang luas. Nikmatnya ketika itu. Kadang-kadang hairan juga macam mana saya boleh layak tinggal di quarters yang besar itu. Daifnya maklumat yang saya ada ketika itu.

Ironinya pada mula-mula saya sampai di Politeknik Ungku Omar, saya menumpang di asrama selama hampir 10 bulan. Pada Ramadhan pertama saya di situ saya dan rakan-rakan yang tinggal di asrama, dijemput Pengetua untuk berbuka di rumahnya. Apabila saya masuk rasa kagum dalam hati saya. Besarnya rumah. Dalam hati saya berkata, Pengetua mestilah besar rumahnya. Tiga tahun kemudian saya tinggal di rumah yang saya kagumi itu. Rupa-rupanya sebagai pegawai kumpulan pengurusan dan profesional saya layak tinggal di rumah yang besar itu. Samalah tarafnya dengan rumah seorang doktor atau jurutera atau pegawai pertanian dan yang setaraf dengannya. Hal-hal seperti itu tidak diajar di IPT. Pegawai-pegawai muda sekarang ini mungkin tidak akan merasa tinggal di rumah sebegitu kerana semakin berkurangan disediakan kerajaan. Sementelahan pula kakitangan awam berganda-ganda ramainya.

Anak ketiga lahir pada tahun 1980. Yang keempat tahun 1981 dan yang kelima tahun
1983. Yang keenam tahun 1987. Yang ketujuh tahun 1988. yang kelapan tahun 1990 dan yang kesembilan tahun 1992. Di sinilah cerita ini saya dedikasikan sebenarnya untuk isteri saya. Sesungguhnya seorang isteri itu bukan sahaja berpendidikan bahkan juga ia mesti mempunyai pengalaman, memiliki wawasan, boleh merancang dan boleh melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diserahkan kepadanya.

Setiap pagi rutin saya menghantar anak ke sekolah. Masuk pejabat. Tengahari ambil anak. Masuk pejabat semula. Pukul lima baru balik ke rumah semula. Balik dari kerja saya menyiram pokok bunga. Seingat saya ada lebih 32 spesis pokok bunga kertas di keliling rumah saya. Ipoh waktu itu terkenal sebagai bandar bunga kertas. Sebahagiannya saya tinggalkan dan masih subur besar di Politeknik Ungku Omar.

Dari pukul 7.00 pagi hingga pukul 5.00 petang, urusan rumah terserah kepadanya. Isteri saya memang bijak mengurus anak dan mengurus rumah. Pandai memasak. Anak-anak saya belum ada yang dapat menandinginya. Kebetulan sewaktu zaman sekolahnya dahulu ia pernah menjaga anak seorang pegawai pertanian di Batu Pahat. Pengalaman itulah yang menjadikannya pandai mengurus rumah dan anak.

Semua orang maklum rutin seorang suri rumahtangga sepenuh masa. Bangun tidur menyiapkan anak-anak. Mandi, pakai dan sarapannya. Termasuk bekalnya. Kemudian berkemas bilik tidur, menyapu sampah, membasuh pakaian dan bersiap-siap untuk menyediakan makan tengahari. Pertengahan tahun 80an adalah zaman kalut kepada isteri saya. Bayangkan ia mengurus anak sendirian di rumah. Waktu tengahari tiga orang anak boleh dikendalikannya seorang diri. Yang besar mengaji al-Quran. Yang adiknya disuap makan. Yang bayi menyusu badan. Saya nak tanya pembaca wanita, can you do it. Jika tidak mengaji al-Quran, isteri saya mengajar anak-anak membaca. Alhamdulillah anak-anak saya kesemuanya seramai sembilan orang, pandai membaca dan menulis sebelum masuk ke sekolah rendah. Sebahagian daripadanya khatam al-Quran sewaktu berada di tadika. Seorang dua yang khatam sewaktu di darjah tiga. Yang sulong sudah pandai menulis surat ketika umurnya tiga tahun setangah. Saya di UM. Sebulan tidak menjenguk anak dan isteri. Anak yang rindu.

Mana ada rihat bagi seorang isteri. Isteri saya jenis ligat. Tetapi ia sihat dan kuat. Hingga sekarang dalam usianya 60 tahun ia tidak pernah berhenti dengan aktivitinya. Nantilah. Ada ceritanya sendiri. Membasuh pakaian untuk keluarga besar tentulah menyiksakan. Hendak menyidaipun satu kerja yang berat. Selepas Zohor tentulah mengangkat kain, melipat, menyisih mengikut anak dan menyimpannya di almari pakaian.

Waktu anak belajar tidak pernah terabai. Apabila menjelang peperiksaan pertengahan tahun atau akhir tahun, seorang demi seorang akan diuji tentang apa yang sudah dipelajari. Marah dan jerkahnya jangan dicakap. Yang menangis jangan dikira. Alhamdulillah mendapat nombor satu dalam kelas menjadi biasa bagi anak-anak saya.

Isteri saya pandai menghias rumah. Ada sahaja yang hendak dibuatnya. Bila jemu ada yang akan diubahnya. Jika menjelang hari raya atau menjelang anak hendak menikah lagi banyak perancangannya. Jahit menjahit satu kemestian kerana anak ramai. Mengenai masak memasak, saya kenalah puji. Masakannya enak. Anak-anak ternanti-nanti masakan sedap ibu mereka. Orang Johor lazimnya tidak begitu mahir memasak. Maaf, sayapun orang Johor. Pengalaman merantau memperkayakan isteri saya. Ia pandai memasak rendang tok yang terkenal di Perak. Boleh membuat lemang tetapi di rebus bukan dibakar. Nantilah saya ceritakan asal usulnya.

Nasi dagangnya cukup menyelerakan. Resepi mee rebusnya belum saya temui di mana-mana di Malaysia. Paling istimewa yang ditunggu anak dan cucu ialah sejenis nasi yang tidak diketahui namanya. Belum bernama. Gabungan berbagai resepi. Macam beryani tetapi lebih istimewa lagi. Menantu saya yang keempat berminat. In sya Allah akan diperkenalkan di restorannya berhampiran Mutiara Damansara, KL. Tunggulah. Kalau sampai masanya, in sya Allah akan saya iklankan nanti.

Wakt-waktu santai di Ipoh dulu, biasalah kami ke Kuala Kangsar, Taiping, Cameron Highland, Teluk Batik, Lumut dan sebagainya. Sesudah berpindah ke Johor mengulani pula KL untuk ke muzium, planaterium negara, pusat sains negara, pusat Islam dan Petrosains di KLCC. Sewaktu anak-anak masih di sekolah rendahlah zaman paling manis bersama mereka meneroka dunia. Pengalaman paling manis dalam hidup mereka.

Dulu saya menjadi Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar di UTHM. Kami kerap keluar bermesyuarat, berbengkel dan berkursus. Maka keraplah saya bawa anak-anak ke hotel-hotel yang berbintang-bintang. Sampai di tempat-tempat yang indah dan asing. Semua ini memperkayakan mereka.

Sekarang, semuanya adalah kenangan. Hanya gambar-gambar mereka waktu kecil mengimbau kembali zaman mereka dibesarkan. Zaman mereka ditarbiahkan dengan alam. Zaman mereka mengenal hidup. Anak-anakku, abah sayang kau orang semua. Pada abah itulah gambarannya. Kau orang semua masih kecil di hati ini, di mata ini. Masih anak yang banyak ragam dan keletah di hati ini.

Tidak dapat hendak dinukilkan kesemuanya. Dedikasi untuk isteri tercinta. Sanjungan untuk isteri tersayang. Ke laut, ke bukit, ke lurah dan ke denai manapun kita selalu bersama. Senangmu senangku kita senafas. Rindumu rinduku kita langsungkan hidup ini ke akhir zaman. Amin.

*End of copy paste*

Perenggan kedua terakhir itu gambaran kasih ibu ayah kita yang tak pernah padam dan tak pernah berkurang pada anak-anaknya. Walau tak terzahir dengan kata-kata, tapi itu hakikatnya. Paling terkesan di jiwa saya.

Orang dulu banyak cabarannya. Itu yang mematangkan mereka dalam meniti arus deras kehidupan. Rasa susah itu menabahkan hati, rasa payah itu menguatkan jiwa. Bersyukur dengan segala rasa senang yang kita nikmati sekarang.

Walau dari generasi mana ayah dan ibu anda, pasti ada suka duka mereka sendiri dalam membesarkan cahaya mata. Hargai dan sayangi mereka. JANGAN. JANGAN. JANGAN MENYESAL DI KEMUDIAN HARI.

Agaknya bagaimana nak menyelami naluri ibu bapa kita? Satu sahaja jawapannya—bernikahlah, dan jadilah ibu atau ayah. Semoga berjaya.

Wassalam.